Friday, October 11, 2019

Aplikasi Teknologi dalam Pendidikan (Diploma Pendidikan Unitar)


MIGTY (Mara Intensive Gifted and Talented Youth Programme) 2019 merupakan program yang dijalankan kepada para pelajar tingkatan tiga selepas peperiksaan PT3.  Program mempunyai pelbagai elemen merangkumi pembangunan diri dan sahsiah, akademik, kerjaya, kesihatan mental dan fizikal. Melalui program MIGTY ini, terdapat satu modul khas yang diberi nama golden seeds yang akan dikendalikan oleh kaunselor. Program ini akan dijalankan dalam tempoh masa 3 hari 2 malam merentasi pelbagai elemen psikologi dan kaunseling. Secara tidak langsung, pelbagai aplikasi dan perisian teknologi akan diguna pakai sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.
              Terdapat 3 aplikasi  teknologi utama yang digunakan antaranya ialah CamScanner, Bar Code dan Intagram. Ketiga-tiga aplikasi ini akan menjadi medium perantara bagi sesuatu modul. Aplikasi teknologi ini sangat berfaedah membantu pelajar dalam membudayakan pembelajaran abad ke 21. Tambahan pula, perisian yang digunakan ini adalah percuma dan boleh dicapai dalam kawasan sekolah melalui kemudahan internet dan telefon pintar yang dibenarkan di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat.

1 comment: