Quick
Response Code atau lebih dikenali sebagai QR Code merupakan gambar dua dimensi
yang memiliki kemampuan untuk menyimpan sesuatu data seperti word, powerpoint
dan pelbagai link lagi. Teknologi ini
bertujuan memudahkan penyampaian maklumat secara vertical atau horizontal.
Teknologi QR code ini sudah mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia
kerana memberi pelbagai manfaat. Antara kelebihannya ialah sangat jimat kerana
boleh digunakan secara percuma melalui muat turun di google apps, mengurangkan
ruang penyimpanan bahan mentah, mudah dikendalikan dan sebagainya.
Dalam
konteks MRSM Batu Pahat, Unit Bimbingan Kaunseling telah memperkenalkan sistem
QR Code ini dalam penyebaran makluman terkini, borang-borang, biasiswa dan
sebagainya. Dalam konteks pelajar dibenarkan membawa telefon pintar, sudah
semestinya setiap peluang teknologi perlu dimanfaatkan. Selain itu, banyak
kertas-kertas dapat dijimatkan menerusi pengenalan QR Code. Kini, tiada lagi
alasan “cikgu, terlupa bawa nota la” “Cikgu, saya tertinggal dekat asrama”. Hal
ini disebabkan telefon pintar menjadi budaya pembelajaran abad ke 21 di MRSM
Batu Pahat.
Arahan tugasan
Berikut merupakan kajian yang dilakukan terhadap soal selidik mengenai penggunaan media sosial.
Paparan akan menunjukkan lampiran seperti berikut :
Video di bawah merupakan paparan teknik pengaplikasian QR code kepada pelajar
Arahan tugasan
Berikut merupakan kajian yang dilakukan terhadap soal selidik mengenai penggunaan media sosial.
Paparan akan menunjukkan lampiran seperti berikut :
Video di bawah merupakan paparan teknik pengaplikasian QR code kepada pelajar