Friday, October 11, 2019

QR CODE



Quick Response Code atau lebih dikenali sebagai QR Code merupakan gambar dua dimensi yang memiliki kemampuan untuk menyimpan sesuatu data seperti word, powerpoint dan pelbagai link lagi. Teknologi ini bertujuan memudahkan penyampaian maklumat secara vertical atau horizontal. Teknologi QR code ini sudah mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana memberi pelbagai manfaat. Antara kelebihannya ialah sangat jimat kerana boleh digunakan secara percuma melalui muat turun di google apps, mengurangkan ruang penyimpanan bahan mentah, mudah dikendalikan dan sebagainya.

Dalam konteks MRSM Batu Pahat, Unit Bimbingan Kaunseling telah memperkenalkan sistem QR Code ini dalam penyebaran makluman terkini, borang-borang, biasiswa dan sebagainya. Dalam konteks pelajar dibenarkan membawa telefon pintar, sudah semestinya setiap peluang teknologi perlu dimanfaatkan. Selain itu, banyak kertas-kertas dapat dijimatkan menerusi pengenalan QR Code. Kini, tiada lagi alasan “cikgu, terlupa bawa nota la” “Cikgu, saya tertinggal dekat asrama”. Hal ini disebabkan telefon pintar menjadi budaya pembelajaran abad ke 21 di MRSM Batu Pahat.

Arahan tugasan




Berikut merupakan kajian yang dilakukan terhadap soal selidik mengenai penggunaan media sosial.



Paparan akan menunjukkan lampiran seperti berikut :




Video di bawah merupakan paparan teknik pengaplikasian QR code kepada pelajar


Instagram dan Perisian Video



Instagram merupakan sebuah laman sosial yang semakin dekat di hati masyarakat Malaysia khususnya golongan remaja. Hasil tinjauan dalam kalangan pelajar tingkatan 3 MRSM Batu Pahat mendapati hampir keseluruhan pelajar mempunyai akaun instagram. Pemilihan aplikasi ini penting kerana sangat popular dan mudah digunakan oleh semua orang.  Secara tidak langsung, ia dapat mempromosikan aktiviti yang sedang dijalankan di dalam maktab kepada masyarakat diluar sana terutamanya ibu bapa dan sebagainya.
Dalam modul kerjaya ini, para pelajar akan menggunakan fungsi icon #hashtag sebagai salah satu medium kata kunci pencarian maklumat. Melalui Hashtag, setiap gambar atau video yang dimuat naik dapat dilihat apabila kita mencari melalui kata kunci. Hal ini menunjukan bahawa media sosial sebenarnya mendatangkan manfaat sekiranya kita dapat mengunakan dan berjaya mengawalnya dengan baik. Sebelum ini, kita didoktrinkan dengan keburukan media sosial dalam kalangan  golongan muda.
Selain itu, intagram dipilih berdasarkan sebagai medium relaksasi dalam kalangan pelajar. Kebanyakan pelajar menjadikan laman sosial sebagai tempat berkarya, ekspresi diri, dan berkongsi.  Apabila teknologi ini dekat dihati pelajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih dinamik serta menarik.  


Aplikasi Intagram dalam Modul Kerjaya


Tema
Video kerjaya
Masa
4 jam
Objektif
Memahami secara holistic kerjaya yang dipilih dan meringkaskanya dalam bentuk audio visual
Peralatan
Telefon pintar dan internet
Langkah
1.      Tugasan ini dilaksanakan bersama oleh semua ahli dalam kumpulan. (ketua kumpulan hendaklah membahagikan tugas/peranan kepada setiap ahli)
2.      Setiap kumpulan mestilah memilih satu kerjaya yang akan menjadi fokus utama tugasan
3.      Setiap kumpulan akan menyediakan satu video kerjaya yang dipilih mengunakan perisian  seperti Camtasia, movie maker, vivo
4.      Format laporan video adalah seperti berikut:
·       Nama kerjaya
·       Pengenalan ringkas kerjaya
·       Carta laluan kerjaya selepas SPM
·       Kelayakan akademik yang diperlukan
·       Tempat-tempat pengajian
·       Pinjaman/ biasiswa pendidikan
·       Prospek pasaran kerja
·       Pendapatan/gaji yang ditawarkan
·       Penutup
5.      Video yang telah siap, setiap kumpulan haruslah memuat naik video tersebut dengan hastag #migtykerjayamrsmbatupahat2019
6.      Video yang mempunyai ‘likes’ terbanyak dalam tempoh sejam akan diumumkan sebagai pemenang.
7.      Kata kunci hashtag sangat penting menarik dan memudahkan khalayak menyokong video ini
8.      Video akan dipaparkan secara langsung kepada semua pelajar setelah habis pertandingan. Sesi soal jawab akan dikendalikan oleh setiap kumpulan


Hasil video pelajar yang dimuat naik di laman instagram








Perisian lain yang digunakan oleh pelajar untuk mengedit video 

Funimate

Vllo

Filmora go

Imovie

Inshot




Camscanner dan Whatsapp



CamScanner merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun melalui aplikasi APP Store atau Google Store secara percuma melalui telefon bimbit masing-masing. Fungsi CamScanner adalah mengantikan fungsi scanner atau printer. Umum mengetahui bahawa printer adalah alat yang besar dan mahal. Bagi pelajar penggunaan perkhidmatan adalah terhad kerana dimiliki oleh sekolah atau koperasi sahaja. Selain itu, peraturan sekolah juga tidak membenarkan para pelajar membawa barangan tersebut. Justeru, penggunaan aplikasi ini sangat relevan dengan pelajar apabila perlu untuk menghantar sesuatu maklumat atau tugasan secara atas talian.
              Kaunselor mengunakan aplikasi ini untuk membudayakan para pelajar untuk menyokong kempen ‘paperless’ demi menyelamatkan bumi kita yang semakin hari semakin banyak pokok yang ditebang.  Dalam program MIGTY ini, kaunselor mengaplikasi perisian ini melalui penghantaran borang refleksi. Setiap modul yang dijalankan sudah semestinya kita ingin melihat sejauh mana keberkesanan sesuatu modul yang dijalankan. Para pelajar akan menulis sesuatu refleksi kemudian menggunakan CamScanner untuk menukar kepada bentuk Pdf. Setelah itu para pelajar akan memuat naik ke dalam kumpulan whatsaapp tingkatan 3 yang telah dibina. Kaunselor akan melihat dan menginterprestasi kesemua maklum balas ke dalam bentuk data.


Aplikasi CamScanner dalam Modul Semut
Tema
Memahami kerja berpasukan
Masa
4 jam 15 minit
Objektif
Pelajar diharap mampu memahami konsep kerja berpasukan
Peralatan
Kertas mahjung, marker pen, pensil, dan telefon pintar (perisian CamScanner)
Langkah
1.      Kaunselor memulakan program dengan memberikan penerangan kepada pelajar tentang objektif modul
2.      Kaunselor membuat pembahagian kumpulan yang mengandungi 10 – 15 pelajar bagi setiap kumpulan
3.      Sebelum memulakan sesi, kaunselor akan mengadakan sesi pemilihan jawatankuasa pelajar bagi program MIGTY
4.      Pelajar akan diminta melakukan cheers kumpulan
5.      Pelajar akan diberikan sehelai kertas mahjung dan marker pen
6.      Setiap kumpulan diminta menyediakan satu modul team building bertemakan critical thingking, kreativiti, kerjasama dan komunikasi.
7.      Pelajar akan membentangkan hasil kerja
8.      Kaunselor akan mengedarkan borang refleksi
9.      Para pelajar diminta mengisi borang refleksi tersebut dan menggunakan aplikasi CamScanner dan memuat naik borang tersebut dalam group whatsaap tingkatan 3.
10.  Setiap pelajar diberi tempoh masa untuk memuat naik dan perbincangan atas talian akan berlangsung dalam tempoh masa tertentu.


Contoh borang refleksi sebelum diisi





Borang refleksi yang selesai diisi dan menggunakan aplikasi CamScanner oleh pelajar









Video Penuh Program


Video peserta memuat turun aplikasi CamScanner



Video peserta menggunakan CamScanner




Aplikasi Whatsapp yang digunakan seiringan


Pada masa yang sama, program ini juga menggunakan platform whatsapp sebagai teknologi penghubung dalam melakukan refleksi program. Para pelajar dikehendaki memuat naik borang refleksi yang diisi oleh kumpulan antara pukul 10.00 malam sehingga 10.30 malam. Dalam tempoh tersebut para pelajar akan berdiskusi antara satu sama lain bersama-sama guru.

Contoh diskusi di dalam whatsapp




Aplikasi Teknologi dalam Pendidikan (Diploma Pendidikan Unitar)


MIGTY (Mara Intensive Gifted and Talented Youth Programme) 2019 merupakan program yang dijalankan kepada para pelajar tingkatan tiga selepas peperiksaan PT3.  Program mempunyai pelbagai elemen merangkumi pembangunan diri dan sahsiah, akademik, kerjaya, kesihatan mental dan fizikal. Melalui program MIGTY ini, terdapat satu modul khas yang diberi nama golden seeds yang akan dikendalikan oleh kaunselor. Program ini akan dijalankan dalam tempoh masa 3 hari 2 malam merentasi pelbagai elemen psikologi dan kaunseling. Secara tidak langsung, pelbagai aplikasi dan perisian teknologi akan diguna pakai sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.
              Terdapat 3 aplikasi  teknologi utama yang digunakan antaranya ialah CamScanner, Bar Code dan Intagram. Ketiga-tiga aplikasi ini akan menjadi medium perantara bagi sesuatu modul. Aplikasi teknologi ini sangat berfaedah membantu pelajar dalam membudayakan pembelajaran abad ke 21. Tambahan pula, perisian yang digunakan ini adalah percuma dan boleh dicapai dalam kawasan sekolah melalui kemudahan internet dan telefon pintar yang dibenarkan di Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat.

BIODATA


Nama Mohd Ferqdaus bin Mohd Noor berumur 28 tahun dan berasal dari negeri nun jauh di utara iaitu Perlis yang ku cintai. Terdapat banyak nama gelaran iaitu Q, Fer, Daus, Ferdaus, alang dan along. Semua nama panggilan  tersebut ada kisahnya yang tersendiri. Namun yang paling melekat dalam kepala orang adalah panggilan Q. Orang selalu confius dan susah nak sebut nama aku sebab nama FerQdaus. Aku selalu berseloroh bahawa itu adalah qalqalah sugra (yang paham paham, yang tak paham kena mengaji banyak lagi). Sebenarnya panggilan nama Q ni lahir semasa aku di dalam kelas personaliti semasa ambil degree dahulu. Waktu tu Pn. Syafiqah susah nak sebut nama aku semasa mengambil kehadiran. Jadi dengan tidak sengaja dia minta izin untuk panggil nama Q depan semua orang. Hasilnya nama ini yang meniti dibibir teman-teman. Thanks a lot Pn Syafiqa sebab bagi nama yang sangat hensem. So, aku mendapat pendidikan awal di SK Bintong, Kangar, kemudian ke SMK Syed Hassan sampai tingkatan 5 (dulu hari-hari kayuh basikal 7km (sehala) ke sekolah). Kalau 4 kali ulang alik cuba darabkan sehari mengayuh. Habis SPM tak minta mana naik Tingkatan 6 di SMK Perlis kelas Sains Hayat. Omai bertahan sebulan ja pastu kembali ke SMK Syed Hassan mengambil jurusan ekonomi. Alhamdulillah balik jadi ketua pengawas ooo. Waktu form 6 ada seorang cikgu kesayangan saya iaitu cikgu mazlan, dia sanggup bayar setiap bulan duit tuisyen ekonomi kat luar kerana dia faham situasi aku dulu. Almaklumlah the only one malay dalam kelas tersebut. Selepas STPM sebenarnya nak jadi cikgu tapi tak lepas ujian Medsi. So aku berdoa dan tawakal akhirnya mendapat jurusan psikologi di UKM. Mula-mula ingat psikologi ni macam kaunseling la sekali masuk kelas awal dah macam kelas doctor. Susah. So sebelum habis degree aku berhajat nak sambung master sebab pengalaman semasa praktikal mewajarkan tindakan aku ambil kaunseling. Waktu tu memang cakap kat parent abang nak sambung belajar tapi abang tak akan ambil guna duit abah. Cukuplah abah bantu abang sampai degree, sekarang tolong adik-adik pulak lepas ni. Sebelum bis praktikal dah dapat tempat sambung dalam bidang psikologi kaunseling UKM.  Tempat dah ada cuma duitnya belum. Waktu tu aku dengan kawan karib aku safwan@safwe ore kelate decide tubuh satu konsultan dengan jenama Pakar Kem Motivasi. Alhamdulillah, sekolah pertama yang dapat Sk Air Puteh, Kuantan. Kemudian berjemaahlah sekolah-sekolah seluruh Malaysia kami travel. Kemudian fokus kami dengan kem cuti sekolah iaitu modul Mindset Change Camp. Setiap kem yang buat hampir 100 orang peserta yang hadir. So dari niat nak buat bayaran dan belanja master dah jadi pendapatan. Sambil belajar  sambil berprogram bila hujung minggu atau hari yang dibooked. Kemudian kami dijemput oleh RTM menerusi rancangan feminin wanita untuk membicarakan isu remaja. Dalam tempoh dua tahun belajar dua tahun juga kami berprogram sehinggalah tamat graduasi masing-masing pulang ke kampong halaman. Perjalanan kerjaya aku tidak terhenti, aku diterima menjadi pegawai sambilan di SPRM Putrajaya. Disitu ditugaskan di cawangan Pasukan Strategi Modal Insan. (bab ni tak nak ulas panjang). Semasa bekerja aku ternampak satu iklan Mara iaitu pengambilan guru mara. Disebabkan jiwa aku dengan pelajar dan cita-cita aku menjadi guru aku terus apply. Alhamdulillah, kini aku seorang guru mara bimbingan dan kaunseling di MRSM Batu Pahat. Dan ini juga sebab musabab aku membuka blog ini demi merealisasikan tugasan kelas aplikasi teknologi dalam pendidikan dalam menyempurnakan diploma pendidikan di Unitar. Penggunaan ayat yang tidak formal semasa penerangan biodata adalah bagi menarik minat pembaca. So aku minta maaf. Insyaallah bahagian akademik nanti aku akan formalkan penulisan. Jemput membaca.